Farid Kamil
SESETENGAH selebriti mungkin terlalu berkira untuk mendedahkan wajah anak pada khalayak, namun tidak bagi pelakon Farid Kamil yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua, yang diberi nama Nur Aurora pada 19 November lalu,
Menurut Farid, dia dan isterinya Diana Danielle, 24, akan berkongsi gambar wajah anaknya itu dalam masa terdekat.
"Kami tunggu saat itu tersedia, maka kami akan kongsikan, namun tidaklah lama untuk disimpan," katanya.
Akui teruja menimang bayi perempuan, Farid bagaimanapun berkata, dia lebih senang menyerahkan urusan menguruskan Aurora kepada isterinya.
"Saya serahkan kepada Diana untuk menguruskan di awal kelahiran ini kerana saya takut untuk memegangnya yang masih kecil.
"Tapi saya akan lebih fokus menjaga Muhammad memandangkan Diana sudah menjaga adiknya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Filem Langit Cinta, baru-baru ini.
Menurut Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 34, dia sangat menitikberatkan penjagaan Diana sepanjang berpantang dan memilih untuk menjaga isterinya itu sendiri.
“Kami akan sama-sama hadapinya, terutama waktu malam yang kembali perlu berjaga untuk memastikan Aurora selesa.
“Dari segi penjagaan pantang, tiada komplikasi yang perlu dibimbangkan kerana Diana bersalin dalam kaedah air (water birth),” katanya yang akan melangsungkan majlis akikah tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: