LAKONANNYA menerusi drama bersiri Hello Mr Perfect mendapat kritikan hebat oleh segelintir penonton drama berkenaan.
Sebagai pendatang baharu, empunya nama Ruhainies ini mengakui, kehadirannya dalam bidang ini tidak mendapat respons baik rentetan lakonannya menerusi drama itu.
Walaupun memainkan tiga watak utama, namun ketiga-tiganya dilihat tidak menjadi di mata penonton.
Tidak mahu terlalu memikirkan komen negatif yang dilemparkan kepadanya, kata pelakon berusia 23 tahun ini, dia enggan mengalah sebaliknya akan terus berjuang sehingga diterima oleh peminat seni.
"Sejak awal drama ini disiarkan sehinggalah tamat, saya terus mendapat kritikan daripada penonton.
"Malah, saya turut dilabel kayu, kerana lakonan saya dikatakan keras dan kaku.
"Bagaimana pun, saya tidak mahu mengambil hati, kerana apa yang dikatakan mereka itu bertujuan untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya.
Dek kerana itu, adik kepada pelakon Nur Risteena ini tidak mudah patah semangat dan nekad memberikan yang terbaik menerusi projeknya yang akan datang.
"Alhamdulillah, saya tetap mendapat tawaran membintangi drama sebagai teraju utama walau pun lakonan saya dikutuk.
"Mungkin ia peluang saya untuk membuktikan kepada penonton, saya boleh melakukan yang lebih baik di mata mereka," katanya.
Drama berjudul Potret Adik itu bakal disiarkan di slot cerekarama di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: