Saturday, November 21, 2015

"Ada Pihak Mahu Lagakan Mira Filzah & Mia Ahmad"- Syarul Ridzwan




Syarul Ridzwan menjelaskan hubungannya dengan Mira Filzah hanyalah sekadar kawan biasa.
PETALING JAYA: Pelakon Syarul Ridzwan berkata pihak yang mendakwa kononnya aktres baharu Mira Filzah menjadi punca berakhirnya cinta antara dia dengan Mia Ahmad adalah tidak bertanggungjawab.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, juga menyifatkan individu yang menyebarkan cerita berkenaan mungkin dengki dengan perhubungan baiknya dengan dua aktres terbabit.

"Bagi saya individu tersebut tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu melaga-lagakan dua wanita (Mia dan Mira) yang baik.

"Sedangkan saya berbaik dengan kedua-dua mereka. Jika benar seperti yang didakwa, tunjukkan bukti. Mungkin ada yang bersifat dengki terhadap kami," katanya yang ditemui pada sidang media teater muzikal Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya pada Jumaat.
Mira Filzah
Syarul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang satu kiriman emel yang diterima mStar Online dengan mendakwa Mira sebagai punca utama perpisahannya dengan Mia Ahmad.

Cetakan skrin perbualan mesra Mira dan Syarul menerusi laman sosial Twitter yang dikirmkan kepada mStar Online itu adalah status pada 2011.

Sementara itu, Syarul enggan memikirkan mengenai perkara tersebut dengan lebih serius dan berharap peminat-peminatnya juga begitu.

Katanya, isu itu boleh mengundang pergaduhan antara peminatnya, Mira dan Mia, sedangkan tiada cinta tiga segi yang berlaku antara mereka.

Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan
Dalam pada itu, Syarul berkata, dia masih lagi berkawan baik dengan kedua-dua aktres itu kerana menyifatkan mereka mempunyai pemikiran yang matang apabila diajak berborak lebih-lebih lagi hal-hal berkaitan perniagaan.

"Saya suka bersembang dengan orang yang memberikan faedah kepada diri kita. Dan jujurnya, saya masih lagi berkawan baik dengan mereka dan sering berkongsi ilmu pengetahuan yang baru.

"InsyaAllah, saya dan Mira juga bakal digandingkan dalam sebuah drama, tetapi saya enggan mengulas lebih lanjut kerana ia masih lagi dalam perbincangan," tuturnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: