Duit syiling yang dikumpulkan Ning Junfen sejak 10 tahun lalu.
SINCHUAN - CHINA. Seorang jurujual perumahan di Meishan, wilayah Sinchuan terkejut selepas seorang pembeli membawa tujuh beg berisi duit syiling yang beratnya lebih 250kg.
Ning Junfen, seorang ibu tunggal menyimpan wang syiling berkenaan sejak 10 tahun lalu yang dianggarkan bernilai 43,500 yuan (RM29, 000) untuk membantu anaknya membeli sebuah rumah.
Ning pada mulanya hanya membayar wang pendahuluan untuk sebuah pangsapuri berkeluasan 95 meter persegi bulan lalu dan kemudian membayar baki bayaran menggunakan duit syiling yang disimpannya.
Sementara itu, menurut jurujual pangsapuri berkenaan, Lu Xua, dia pada mulanya menghadapi kesukaran untuk mendepositkan kesemua syiling namun selepas beberapa percubaan, Bank Pertanian China akhirnya bersetuju untuk menukar lebih 10 ribu keping syiling berkenaan.
Pengurus bank itu berkata, seramai enam kakitangan ditugaskan untuk mengira kesemua wang syiling berkenaan dengan mesin khas dan proses pengiraan mengambil masa lebih tiga jam.
"Saya tidak pernah melihat orang menyimpan begitu banyak wang syiling sepanjang bekerja dalam bidang perbankan lebih 10 tahun lalu," kata pengurus bank berkenaan.
Ning bekerja sebagai penjual beg plastik dan berkata, duit syiling berkenaan adalah sebahagian daripada pendapatan harian yang diperolehnya.
"Kebiasaanya ramai pelanggan membayar menggunakan duit syiling yang digunakan untuk menyimpannya dalam tabungan," kata Ning dipetik CCTVNews.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: