Kemenangan pemuda berusia 33 tahun yang juga seorang guru itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Pada pertandingan akhir itu Syed Mohd Bakri memilih tajuk 'Masjid Mengapa Kau Dipinggirkan' dan 'Malam Pertama Di Barzakh'.
Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Taha Mohd Omar, 28, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Abdul Zaid Abdul, 30 dan Mohamad Amirul Amin, 25.
Pemenang kedua, ketiga dan keempat memperoleh wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Fuad Mat Ali dan Datuk Ustaz Kazim Elias.
Antara artis yang turut membuat persembahan ialah Aweera, Mawi, Daly Filsuf, In-Team dan Unic. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan sistem pemarkahan sebanyak 70 peratus oleh juri di studio sementara selebihnya adalah pilihan penonton.
Antara juri terlibat dalam PU musim kedua ini ialah Ustaz Kazim Elias dan deejay Sinar FM, Abby Fana, manakala juri jemputan ialah Dr Maza dan Ustaz Farid Ravi.
Pentas akhir Pencerus Ummah ini dihoskan oleh Ustaz Zulkefli Hamat dan pelakon Shamsul Ghau-Ghau.
Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: