Mohd Yazid bersama pegawai eksekutifnya, Rani John ketika meninjau permainan air di kolam renang kanak-kanak di Klana Resort Seremban, yang kini menjadi daya tarikan baharu hotel berkenaan.
SEREMBAN – Hotel Klana Resort Seremban kini menawarkan kemudahan kolam permainan kanak-kanak yang baharu, selepas kerja naik taraf kolam renang di hotel itu selesai hujung September lalu.
Menurut pengurus besarnya, Mohd Yazid Mustafa, permainan air di kolam renang kanak-kanak merupakan salah satu daya tarikan terbaharu di hotel itu bagi menambat hati pengunjung untuk menginap di situ.
Katanya, sebelum ini pihaknya hanya menyediakan kolam renang biasa tanpa sebarang peralatan permainan untuk kanak-kanak, kini semuanya berwajah baharu apabila pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan yang menyeronokkan si kecil.
“Kita percaya kolam renang yang mempunyai daya tarikan permainan, khusus untuk kanak-kanak ini dapat menambat hati ibu bapa mereka untuk menginap di hotel ini.
“Antara permainan air disediakan adalah air pancut dan gelongsor ikan paus, gelongsor air sotong serta kolam renang untuk dewasa dengan kedalaman 5 kaki," katanya.
Kata beliau, sejak permainan air ini beroperasi dua bulan lalu, ramai pengunjung yang datang bermalam di hotel tersebut dan menggunakan kolam renang yang disediakan.
“Jumlah penggunaan kolam renang juga meningkat berbanding sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, selain permainan air, pihaknya juga menyediakan aktiviti luar bagi mereka gemarkan sukan lasak.
Antara yang disediakan adalah berkayak, 'flying fox', 'commando crawl', 'spider web', 'paintball', 'mini explore race', 'treasure hunt', 'rappelling', dan banyak lagi.
Katanya, sempena cuti sekolah ini Hotel Klana Resort Seremban menawarkan pakej percutian yang sangat menarik dengan harga RM140 bagi satu malam bagi bilik Superior termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: