Wednesday, November 25, 2015

Pelarian jahit mulut tanda protes



Pelarian jahit mulut tanda protes
Antara pelarian yang menjahit mulut tanda protes
PELARIAN yang terperangkap di sempadan antara Greece dan Macedonia bertindak menjahit mulut sebagai tanda bantahan kerana tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
Dilaporkan, enam lelaki dari Iran menjahit mulut sendiri semasa mengadakan demonstrasi berdekatan sebuah kampung di Eidomeni.
Ratusan pelarian mengadakan tunjuk perasaan selepas Macedonia menghadkan jumlah pelarian yang boleh melepasi sempadan. 
Penelitian kawalan terhadap sempadan Eropah diperbaharui sejak serangan di Paris 13 November lalu.
Memetik laporan BBC, negara-negara Balkan berkata, sejak minggu lepas, mereka hanya membuka sempadan kepada pelarian yang lari dari konflik perang seperti Syria, Iraq dan Afghanistan.
Sekatan datang selepas pasport palsu ditemui berhampiran mayat dipercayai pelaku serangan di Perancis.
Penunjuk perasaan yang merupakan minoriti Iran Kurdish menjahit mulut sendiri serta menconteng dahi dan dada dengan perkataan "Just Freedom" melutut di landasan kereta api di hadapan polis rusuhan.
Sementara itu, pelarian dari Bangladesh dan Morocco turut menyertai bantahan tersebut selepas mereka turut dinafikan hak untuk melalui sempadan.
Beratus-ratus ribu pendatang, ramai daripada mereka rakyat Syria melarikan diri dari perang, telah membuat perjalanan berbahaya melalui kawasan Balkan selepas tiba di Eropah dengan bot di Greece dari Turki.
Polis persekutuan Jerman semalam berkata, bilangan pencari suaka yang tiba di negara ini pada bulan November telah dijangka  lebih tinggi dari sebelumnya.
Kira-kira 180,000 pencari suaka telah memasuki negara ini setakat bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: