Wednesday, November 25, 2015

Lengan selfie ganti monopod



Lengan selfie

KERANA malu menggunakan monopod untuk mengambil gambar selfie di tempat terbuka, seorang lelaki Jepun mencipta 'lengan selfie' bagi menggantikan alat tersebut.
Pencipta lengan selfie, Mansun berkata alat tersebut direka menggunakan batang besi yang dipakai dengan cara menyambungkannya dengan sepasang tangan palsu.
Bagaimanapun, ramai menganggap ciptaannya menyeramkan kerana ia kelihatan janggal ketika Mansun berada di khalayak ramai.
Difahamkan, Mansun tidak merancang untuk menjual ciptaannya kerana baginya sesiapa sahaja mampu mencipta lengan selfie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: