Tuesday, November 24, 2015

Penjaga gol Brechin City tersilap stadium



Graeme Smith
Graeme Smith
BRECHIN -  SCOTLAND . Penjaga gol Brechin City, Graeme Smith memandu sejauh 134 kilometer sebelum menyedari dirinya tersilap stadium, menentang Stenhousemuir, dalam aksi Liga Perdana Scotland, Sabtu lalu.
Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di laman Brechin dan bukannya di gelanggang lawan.
Smith tiba di Ochilview Park, kira-kira jam 3 petang dan terus menyedari bahawa perlawanan sebenarnya berlangsung di Glebe Park.
Menyedari kesilapannya, Smith terus memandu pulang dan sempat beraksi bersama pasukannya.
Smith mengambil masa empat jam untuk pejalanan pergi dan pulang.
Dia tiba sebelum perlawanan bermula namun Brechin tewas, 1-2, kepada Stenhousemuir.
Ketua Komuniti Bola Sepak Stenhousemuir, William Hoggan yang mengetahui berita itu menganggap kejadian itu sangat melucukan.
“Penjaga gol Brechin tersilap stadium. Perlawanan di Glebe dan bukannya di Stenhousemuir. Ha ha klasik,” kata Hoggan di laman Twitternya.
Brechin ketika ini menghuni dasar liga dengan 11 mata selepas berdepan 15 perlawanan manakala Stenhousemuir di kedudukan ketiga dengan 22 mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: