Friday, November 27, 2015

Lenovo lancar 18 produk baharu



Lenovo lancar 18 produk baharu
Hung Chuan (tiga, kiri) menunjukkan produk terbaharu keluaran Lenovo semasa majlis Lenovo Technology of Evolution, semalam.
SYARIKAT pengeluar peranti teknologi maklumat dan komunikasi terkemuka, Lenovo melancarkan 18 produk terbaharu terdiri daripada tablet, komputer riba, komputer, speaker dan projektor dalam usaha mempelbagaikan produk keluaran mereka.
Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, pelancaran produk ini untuk memenuhi kehendak pelanggannya yang sentiasa dahagakan produk terbaharu daripada syarikat tersebut.
“Produk terbaharu kami sesuai untuk semua pengguna, sama ada yang terlibat dalam bidang perniagaan sehinggalah kepada individu yang suka bermain permainan digital.
“Ketika ini, kami berjaya menjana keuntungan kira-kira RM195 bilion melibatkan 160 buah negara dari seluruh dunia,” katanya semasa majlis ‘Lenovo Technology of Evolution’ di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, kesemua produk itu memiliki kelebihan masing-masing, namun beliau menjangkakan tiga daripada produk baharu iaitu Lenovo Yoga Tab 3, Lenovo PHAB dan Lenovo Ideapad bakal jadi rebutan.
Katanya, semua produk itu akan berada di pasaran bermula bulan ini dengan harga RM399 hingga RM6,999 tidak termasuk GST.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: