Tuesday, November 24, 2015

Tuah berwajah hodoh



Tuah berwajah hodoh
Maison Sere
HARARE - ZIMBABWE. Seorang penganggur berusia 42 tahun dianugerahkan lelaki paling hodoh Zimbabwe dalam pertandingan lelaki terhodoh yang berlangsug di sini baru-baru ini.
Maison Sere yang kehilangan beberapa batang gigi dan berpakaian koyak berjaya mengalahkan lima peserta yang lain dan membawa pulang wang tunai $500 (RM2,200).
"Saya ingin bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya berjaya memenangi gelaran ini selepas hanya mendapat tempat keempat pada tahun lepas.
"Terima kasih juga kepada hakim kerana mengiktiraf saya sebagai pemenang," katanya dipetik AFP.
Sementara itu, pemenang lelaki terhodoh Zimbabwe sejak tiga tahun berturut-turut sebelum ini, William Masvinu meluahkan rasa tidak puas hati kerana hanya mendapat tempat kedua dan membawa pulang $100 (RM430).
"Hakim tidak adil dan pihak penganjur perlu mencari hakim baru untuk mengadakan semula pertandingan ini," katanya.
Pengajur, David Mochiwa berkata, dia mengadakan pertandingan ini sejak 2012 untuk meraikan "kecantikan dalam hodoh", katanya.
"Pertandingan tersebut sangat berjaya dan bercadang untuk mengadakan pertandingan lelaki terhodoh dunia," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: