Monday, November 9, 2015

Sisa makanan jadi baja kompos



Sisa makanan jadi baja kompos
Michael (lima, kanan) ketika Majlis Pelancaran Kebun Komuniti dan Program Sistem Barter Sisa Makan Dijadikan Baja Kompos, baru-baru ini.
SERDANG – Sisa makanan yang diasingkan penghuni taman perumahan sekitar Serdang Raya di sini akan dijadikan baja kompos untuk kegunaan kebun komuniti penduduk.
Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Michael Jalleh berkata, perkara itu diputuskan selepas Majlis Pelancaran Kebun Komuniti dan Program Sistem Barter Sisa Makan Dijadikan Baja Kompos, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, pihak majlis akan membuat kutipan sisa makanan setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi sebelum diproses menjadi baja.
Katanya, sisa makanan perlu dibungkus dalam plastik dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan.
“Majlis akan membuat kutipan dan hasil pemprosesan akan digunakan untuk kebun komuniti penduduk yang ditanam pelbagai jenis sayur dan buah-buahan,” katanya.
Katanya, selain bantuan tenaga kerja, MPSJ turut memberi nasihat dan benih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: