PETALING JAYA: Penyanyi Shiha Zikir berharap penglibatannya dalam pertandingan realiti televisyen D’Academy Asia dapat membuka mata masyarakat Malaysia terhadap bakat nyanyiannya.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 28, berkata, sejak kira-kira lima tahun dalam industri, dia gagal meletakkan namanya sebaris dengan artis popular tanah air.
“Saya harap pertandingan D’Academy Asia yang berlangsung di Jakarta Indonesia ini dapat membuka mata masyarakat di Malaysia.
“Sebelum ini saya sudah buat single dan ada album tetapi belum dapat meletakkan nama saya seperti yang saya mahu,” ujarnya kepada mStar Online.
Shiha menyertai pertandingan realiti D’Academy Asia yang bermula pada 13 November lalu yang disiarkan di stesen TV Indosiar.
Dalam pertandingan tersebut, Shiha berjaya memperoleh markah tertinggi dalam kumpuln B bersama tiga peserta dari setiap negara lain iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.
Selain itu, Shiha turut mendapat pujian daripada juri selepas menyampaikan lagu Ratapan Anak Tiri dan Nirmala.
Dia juga berjaya mengumpul peminat sendiri dari negara jiran itu.
“Alhamdulillah, sejak mula bersiaran di TV Indosiar ramai peminat dari Indonesia yang menyokong saya.
“Walaupun bukan peserta dari negara itu, mereka tidak hentam dan kritik saya. Selain itu pengikut di Instgram saya juga meningkat 30,000 sejak tiga minggu lalu yang kebanyakkannya dari Indonesia,” ujarnya.
Program tersebut turut disertai oleh Mimi One Nation Emcee, Hazman, Fitri Hiswady dan Syuhada.
Malaysia turut menghantar juri dari Malaysia iaitu Mas Idayu, Datuk Suhaimi (Pak ngah) dan Zul 2 By 2.
Format pertandingan tersebut adalah berdasarkan 100 peratus markah daripada juri profesional.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: