SELEPAS dua minggu beraksi di pentas Gegar Vaganza 2 (GV 2), kali ini perjalanan dua penyanyi Ezlynn dan Zul Handy Balck dalam program itu telah berakhir apabila tersingkir pada konsert minggu ketiga, Ahad lalu.
Pada malam konsert yang mengangkat tema ‘Ada Bran?’ Ezlynn menyampaikan lagu Kuda Hitam dendangan Hetty Koes Endang manakala Zul menyahut cabaran mempersembahkan lagu Ku Menunggu nyanyian Rossa.
Akur dengan keputusan tersebut, Ezlynn menegaskan bahawa perjalanannya sebagai anak seni tidak akan terhenti biarpun tersingkir pada program itu.
“Tidak akan pernah berakhir perjalanan saya sebagai penyanyi walaupun saya tidak berjaya ke peringkat seterusnya walau dalam mana-mana pertandingan sekali pun.
“Perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang dan Insya-ALLAH, akan ada lagi jalan mungkin lebih luas,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ke tiga GV 2, kelmarin.
Ditanya apakah punca penyingkirannya malam itu, Ezlynn akui terdapat kekurangan pada persembahannya.
“Kuda Hitam adalah sebuah lagu yang mana saya perlu tonjolkan persembahan dan bukannya fokus pada vokal semata-mata. Secara keseluruhan, walaupun saya telah buat yang terbaik, tapi saya akui masih ada kekurangan,” jelasnya.
Turut akur, Zul memberitahu dirinya sentiasa bersedia menerima keputusan penyingkiran sejak awal konsert lagi.
“Sebenarnya dari segi persediaan untuk terima keputusan ataupun keadaan ini memang saya sudah bersedia.
“Saya tidaklah anggap pertandingan ini seperti sesuatu yang harus saya kejarkan untuk menjadi juara.
“Saya seronok sangat bila berpeluang bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak jumpa dan dapat platform untuk menyanyi di pentas bersama,” katanya.
Selain itu, Zul meletakkan lagu yang dibawa pada malam itu antara punca dirinya tersingkir.
“Mungkin disebabkan lagu juga. Ini kali pertama saya menyampaikan lagu ini. Dan untuk sahut cabaran yang diberikan pada minggu ini.
“Mungkin juri tidak nampak mana-mana kelebihan yang ada dalam persembahan saya dan mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja,” ujarnya.
Haiza, Siti Nordiana menyerlah
Pada konsert minggu ketiga itu, pujian harus diberikan kepada Haiza, Siti Nordiana dan Azian Mazwan Safuan kerana berjaya menarik hati juri menjadikan mereka antara peserta yang paling menyerlah.
Selain tiga penyanyi itu, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus bertanding di konsert minggu hadapan bertemakan Berdua Lebih Baik.
Tugasan yang bakal dilalui peserta pada konsert minggu keempat itu ialah duet bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha Omar, Jaclyn Victor, Nurul Wahab dan ramai lagi.
Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: