|
DUNIA hiburan KPop membuka lembaran tahun 2014 dengan kisah cinta pasangan selebriti popular, Yoona dari kumpulan Girls Generations dan penyanyi kacak Lee Seung-gi. Kehangatan kisah cinta mereka dikatakan menyamai versi percintaan Rain dan Kim Tae-hee sebelum ini.
Pasangan ini didakwa keluar bersama beberapa kali malah agensi berita Dispatch turut menyiarkan sejumlah gambar yang menampakkan mereka sedang bermesra.
Agensi yang menaungi selebriti terbabit turut mendedahkan percintaan pasangan itu yang sudah bersama sejak September lalu.
"Kedua-dua mereka baru hendak mengenali antara satu sama lain," kata wakil SM Entertainment.
Wakil daripada Seung-gi menambah: "Lee Seung-gi dan Yoona memang sedang bercinta. Kami tidak tahu sejak bila mereka mula bertemu namun laporan akhbar itu bukan sekadar gosip, mereka benar-benar sedang bercinta."
Sebelum ini Seung-gi pernah mengatakan bahawa Yoona memiliki ciri-ciri gadis idaman yang diimpikannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: