Thursday, January 16, 2014

Telefon pintar dua sim


HTC Desire 601 boleh menerima dua kad sim dengan fungsi telefon pintar yang dipertingkatkan.


PENGELUAR telefon pintar, HTC Corporation (HTC) memberikan inovasi baharu pada harga yang berpatutan menerusi pengenalan model HTC Desire 601 dual sim.
Ia sangat sesuai kepada pengguna yang aktif menggunakan telefon pintar dan membuat panggilan memandangkan mempunyai simpanan dua kad sim dalam satu telefon. Fungsi itu nyata menjimatkan tanpa perlu memiliki dua telefon pintar pada satu-satu masa.
Dengan hanya mempunyai satu pelan data dan pakej komunikasi yang sama, setiap urusan kerja menjadi lebih mudah dan lancar. Ia turut menggabungkan Quad Core iaitu pemproses 1.2 gigahertz (GHz) untuk sambungan pantas yang membolehkan penstrimen video dan muzik lebih pantas dan berkualiti.
Sistem audio lebih jelas didengari melalui pembesar suara HTC BoomSound. Paparan skrin juga lebih besar dengan ukuran 11.4 sentimeter dan dilengkapkan dengan visual yang menarik.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: