- Rusli (kiri) bersama salah seorang ahli kariah masjid menunjukkan tabung yang diumpil.
Kejadian disedari ketika jemaah mahu meninggalkan masjid selepas kuliah subuh kira-kira 7.30 pagi semalam, apabila mendapati salah satu tabung diperbuat daripada besi yang diletakkan di pintu utama masjid didapati diumpil.
Nazir masjid, Rusli Ibrahim, 61, berkata, sebaik melihat tabung berkenaan sudah rosak, mereka kemudian memeriksa tabung lain dan mendapati sebuah lagi yang terletak di pintu belakang masjid turut dipecahkan.
Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama kali berlaku di masjid ini melibatkan tabung di bahagian luar.
“Awal tahun lalu, kejadian sama berlaku, tapi melibatkan tabung bergerak solat Jumaat. Bagaimanapun pencurinya berjaya ditangkap.
“Kita kesal kerana masih ada pihak yang tidak menghormati tempat ibadah dengan melakukan jenayah,” katanya.
Rusli bagaimanapun berkata, pihak masjid tidak bercadang membuat laporan polis kerana menyifatkan kejadian kecurian belum sampai tahap membimbangkan.
"Cuma selepas ini, kita akan lebih berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berulang," katanya ketika ditemui.
Sementara itu, bendahari masjid berkenaan, Nasarudin Zainal, 52, berkata, kali terakhir dia mengutip wang tabung masjid pada Jumaat lalu.
"Tidak semua wang dalam tabung itu berjaya diambil. Saya percaya pencuri membawa lari jumlah sedikit.
"Saya mencadangkan pihak pengurusan masjid membeli sebuah peti besi yang lebih selamat. Biarlah kita mengeluarkan sedikit wang bagi menjamin keselamatan tabung masjid," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: