Friday, January 17, 2014

Studio Star Wars di Singapura

BEBERAPA kakitangan studio Lucasfilm memakai kostum watak-watak yang terdapat dalam filem Star Wars.


SINGAPURA - Syarikat hiburan Amerika Syarikat (AS), Lucasfilm meraikan perasmian sebuah studio penerbitannya yang pertama di sini semalam.
Studio penerbitan itu diharap dapat mengasah bakat-bakat Asia untuk membintangi filem Star Wars pada masa akan datang selain terlibat dalam projek lain.
Pengasas syarikat itu, George Lucas dan Perdana Menteri Singa- pura, Lee Hsien Loong menghadiri majlis pembukaan bangunan studio tujuh tingkat tersebut yang di- namakan Sandcrawler di sebuah taman perusahaan di pulau ini.
Sandcrawler sebenarnya ialah nama sebuah kenderaan besar berantai yang terdapat dalam filem asal Star Wars.
Studio baharu itu akan turut menempatkan operasi badan penyiaran sukan ESPN Asia-Pasifik dan Walt Disney Asia Tenggara.
Firma perfileman Walt Disney membeli Lucasfilm pada tahun 2012.
Perasmian studio berkenaan seiring dengan perancangan pemerintah untuk menjadikan pulau ini sebagai hab media digital serantau dengan menawarkan prasarana canggih selain pelaksanaan dasar imigresen yang liberal kepada pekerja-pekerja firma asing seperti Lucasfilm.
Pusat produksi tersebut dianggap setanding dengan studio utama Lucasfilm di California.
"Pengiktirafan itu lebih penting buat saya berbanding Anugerah Academy," kata Lucas.
Dinamakan Lucasfilm Singapore, studio berkenaan terlibat dalam filem animasi Rango dan siri televi- syen Star Wars: The Clone Wars.
Studio Lucasfilm merancang menerbitkan filem Star Wars: Episode 7 pada tahun depan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: