Friday, January 17, 2014

Didenda RM2,000 curi susu bayi


MOHD. SHAHRUL NIZAM (kanan) menutup muka ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau semalam.


BALIK PULAU - Gara-gara mencuri setin susu bayi jenama Enfalac kononnya untuk diberikan kepada bayinya dan beberapa barangan lain, seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret, Muhammad Najib Ismail selepas tertuduh, Mohd. Shahrul Nizam Bashah yang berasal dari Jalan Thein Teik, Bandar Baru Air Itam dekat sini mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mohd. Shahrul Nizam, 30, turut mengaku mencuri sembilan botol Nivea Whitening, empat botol Nivea Extra, tiga botol Nivea Invisible, sembilan botol Mens Biore, selain sebungkus berus gigi jenama Colgate yang kesemuanya bernilai RM382.20.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: