|
BEKAS anggota kumpulan Princess, Karis Alika Islamadina bakal menunaikan ibadah umrah selama sembilan hari di Tanah Suci Mekah. Gadis yang berumur 19 tahun itu kini sedang melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal sebelum berangkat ke sana.
"Cuaca di sana sedang musim sejuk. Sebelum saya berangkat saya akan mengambil vitamin agar kekal sihat dan bertenaga," ujar Alika yang menetap di kawasan Kemanggisan Jakarta Barat.
Ketika berada di Mekah kelak, sememangnya Alika akan mengenakan pakaian yang menutup aurat namun segelintir peminatnya meragui dia akan terus mengenakan busana muslimah sekembalinya daripada menunaikan umrah.
"Jika saya bersedia untuk memakai tudung selepas pulang daripada menunaikan umrah, tindakan haruslah datangnya daripada diri saya sendiri tanpa sebarang paksaan ataupun terikut-ikut dengan fesyen semasa.
"Insya-Allah, soal berhijab itu juga perlu ada persiapan. Jika ditakdirkan saya berhijab mesti ada prosesnya dan saya tidak akan berhijab jika dipaksa. Kita lihat saja nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: