Wednesday, January 8, 2014

Hafiz Hamidun Tepis Tuduhan 'Cedok' Gaya Imran Ajmain


Hafiz Hamidun terkejut apabila ada pihak beranggapan dia cuba meniru gaya nyanyian Imran Ajmain.
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun menepis tuduhan kononnya dia meniru gaya nyanyian penyanyi Singapura iaitu Imran Ajmain untuk single lagu terbaharunya, Jodoh Berdua.
Hafiz, 29, berkata, dia terkejut apabila segelintir pihak beranggapan sedemikian kerana dia menampilkan konsep nyanyian berbeza berbanding penyanyi lain.
"Lagu Jodoh Berdua merupakan ciptaan Azlan Abu Hasan manakala liriknya pula dihasilkan oleh saya sendiri. Azlan juga pernah menghasilkan beberapa lagu untuk Imran Ajmain.
Salah satu babak dalam klip video Jodoh Berdua.
"Dan rasanya, disebabkan perkara itulah orang beranggapan saya cuba menyanyi seperti Imran. Bukan itu saja, malah ada juga peminat mengatakan saya ingin meniru cara nyanyian Anuar Zain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada petang Selasa.
Tambah Hafiz, dia tidak mengambil perkara itu terlalu serius sebaliknya menganggap ia sebagai satu pujian daripada orang ramai.
Imran Ajmain
Malah, Hafiz turut bersyukur apabila, sikap ingin tahu itu membuatkan jumlah tontonan klip video lagu tersebut terus meningkat sehingga 118,550 tontonan sejak dia memuat naik ke laman YouTube pada 30 Disember tahun lalu.
"Bagi saya peningkatan tontonan klip video Jodoh Berdua itu adalah satu kejayaan. Alhamdulillah, ia bermakna lagu tersebut diterima ramai.
"Bagaimanapun saya harap dengan tajuk lagu itu orang tidak membuat spekulasi kononnya saya dah nak kahwin. Ia sekadar sebuah lagu yang saya tulis mengikut kata hati semata-mata," ujarnya yang pernah meluahkan hasrat untuk melamar seorang penyanyi kelahiran sebuah program realiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: