- Aidi didakwa merogol gadis bawah umur di sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Gaung, 1 Januari lalu.
Tertuduh, Aidi Mamat, 29, yang merupakan seorang penganggur tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan atas ketiga-tiga tuduhan tersebut ketika dihadapkan di depan Hakim, Irwan Suainbon.
Dalam tuduhan pertama, Aidi didakwa merogol gadis bawah umur itu di salah sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Gaung, Lemal di sini pada jam 3 pagi, 1 Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, ia dilakukan pada hari yang sama iaitu pada jam 6.30 pagi dan tuduhan ketiga pada jam 9 pagi di tempat yang sama.
Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah menetapkan 10 Februari ini untuk sebutan kes. Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan hakim menasihatkan tertuduh mendapatkan khidmat guaman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: