Thursday, August 22, 2013

Peluang jadi jutawan sehari


FABIAN (kiri) melancarkan peraduan terbaharu Prizle.com sempena pelancaran laman web itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PRIZLE.COM menjadi perintis peraduan integrasi maya di Asia Tenggara yang membolehkan peserta menyertai peraduan secara dalam talian dengan mudah dan kos yang rendah.
Peraduan yang dikelolakan di laman web tersebut terbuka kepada semua industri yang berminat menganjurkan sebarang peraduan atau terbitan borang soal selidik terus kepada peserta.
Hanya beberapa klik, kedua-dua pelanggan dan pemilik perniagaan akan berada dalam situasi menang-menang.
Idea tersebut dicetuskan oleh tiga usahawan internet dari Malaysia dan Singapura yang menyedari kesukaran yang dihadapi pemilik perniagaan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka menggunakan pendekatan peraduan.
Perkara itu disebabkan oleh kos penganjuran sesuatu peraduan yang menelan belanja tinggi.
Perkhidmatan Prizle.com turut membantu mereka yang berminat untuk mencipta peraduan secara talian seperti yang mereka ingini.
Ketua Pegawai Eksekutif Prizle.com, Fabian Lim berkata, pihaknya memulakan tawaran pelancaran Prizle.com dengan peraduan menjadi jutawan untuk sehari yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai, baucar beli-belah, penerbangan pesawat peribadi untuk dua orang ke Singapura dan bersiar-siar menaiki limosin di sana. Jumlah hadiah yang ditawarkan bernilai kira-kira RM12,000.
“Pengguna hanya perlu mendaftar masuk nama dan alamat e-mel mereka di laman web Prizle untuk menyertai peraduan tersebut,” katanya.
Selain itu, terdapat 30 kategori peraduan dan cabutan bertuah lain yang merangkumi peraduan perkahwinan, hotel, baucar membeli-belah, baucar makanan dan produk kediaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: