Thursday, August 29, 2013

8 lelaki dicari kes samun langgar belakang kenderaan




KUALA LUMPUR – Lapan pemuda dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam 37 kes samun yang menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan yang berlaku di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.
Mereka ialah N. Saravanan Kumar, 25; Muhammad Shajaan Mohd. Sharif, 35; M. Lawrence, 27, dan M. Devandran, 26.
Turut dicari ialah D. Vikram, 21; N. Viknesh, 24; R. Nareshwaran, 22, dan D. Thevarajan, 23.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua lelaki itu yang berasal dari sekitar Lembah Klang dipercayai aktif menyamun dengan menyasarkan mangsa yang memandu kenderaan mewah.
“Sebaik mangsa keluar selepas kenderaan mereka dilanggar, suspek akan mengacu senjata tajam seperti parang.
“Kumpulan penjenayah ini bergerak dalam kumpulan yang terdiri daripada dua hingga empat orang. Waktu operasi pula bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Mohmad, sebanyak 49 kes samun menggunakan modus operandi yang sama dilaporkan berlaku di ibu negara sejak awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: