Saturday, August 24, 2013

Operasi tangkap pekerja asing tanpa permit 1 Sept.



GERAKAN besar-besaran akan diadakan bagi menangkap warga asing tanpa permit kerja mulai 1 September. – Gambar hiasan.



BAGAN DATOH – Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ujarnya, gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguat kuasa yang berkaitan.
“Kita tidak mahu majikan menggaji pekerja asing yang tiada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama, kita juga mahu majikan memberi kemudahan perumahan, perubatan dan menjaga kebajikan mereka.
“Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai negara yang menjaga kebajikan pekerja asing,” katanya selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini semalam.
Katanya, gerakan itu bagi memastikan pekerja asing yang bekerja mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: