Jurucakap penganjuran majlis itu berkata, pertandingan yang mempertaruhkan dua kategori iaitu solo dan duet serta kumpulan muzik (band) itu adalah bertujuan untuk melahirkan penyanyi yang benar-benar berbakat di kalangan remaja.
Katanya, ia juga adalah batu loncatan kepada golongan berkenaan menunjukkan kemahiran masing-masing untuk dinilai oleh Yuna, artis yang berjaya mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat.
“Pertandingan ini dibuka kepada mereka yang berumur dari 13 hingga 30 tahun secara solo, berduet ataupun untuk mereka yang mempunyai band,” katanya kepada mStar Online.
Tiga lokasi telah dipilih untuk Rising Star ini melibatkan zon Utara, Tengah, Selatan manakala peringkat akhir pula akan diadakan di KL, Live dekat sini pada 24 November 2013.
Lebih menarik, mereka yang tinggal jauh dari lokasi uji bakat boleh menghantar video nyanyian masing-masing menerusi laman www.risingstar.my untuk dinilai. Seramai 12 peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir.
Peserta uji bakat dikehendaki membawa minues one masing-masing manakala bagi pertandingan secara kumpulan, pihak penganjur menyediakan peralatan muzik bagi memudahkan mereka membuat persembahan.
Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 serta barangan lain bernilai RM500. Kedua-dua pemenang juga diberi pilihan untuk merakamkan sebuah lagu Yuna untuk diputarkan menerusi saluran radio Red FM.
Tempat kedua melayakkan pemenang menerima wang tunai RM3,000 dan barangan bernilai RM500 manakala tempat ketiga pula RM2,000 serta barangan bernilai RM500.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh layari www.risingstar.com.my
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: