TELOK KEMANG – Seorang pengusaha bot sewa di Pantai Telok Kemang
terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit apabila dua bot
miliknya hilang dipercayai dicuri pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Ali Yaakob, 56, berkata, bot miliknya diletakkan di kawasan PD Marina kira-kira jam 7 malam kelmarin dan hanya menyedari kehilangan bot itu pagi semalam ketika mahu memulakan operasi perniagaannya.
“Bot pancong bersaiz 27 kaki (8.1 meter) hilang bersama enjin 90 kuasa kuda, banana bot dan lebih 10 jaket keselamatan. Kesemua itu dianggarkan hampir RM70,000.
“Saya meletakkan bot di kawasan PD Marina itu sejak lebih enam tahun dan ini merupakan kejadian kecurian bot yang pertama berlaku di sini. Dahulu ada sekali kejadian mencuri bot tetapi disedari pemiliknya dan berjaya menggagalkan insiden itu,” katanya.
Mohd Ali berkata, kebiasaannya bot yang ditinggalkan di situ akan dijaga oleh anaknya tetapi malam semalam, anaknya tidur di rumah.
“Sebaik menyedari bot itu hilang, saya bersama anak-anak dan seorang mekanik mencari bot itu di seluruh kawasan perairan Port Dickson sehinggalah ke Sungai Timun, Rembau dan Tanjung Sepat, Selangor.
“Pada awalnya saya yakin, pencuri akan menyorokkan bot di kawasan tali air namun selepas meronda di seluruh kawasan hampir tiga jam dan kos minyak RM500, usaha itu gagal menemui sebarang petunjuk,” kata bapa tunggal kepada sembilan anak itu.
Mohd Ali berkata, kehilangan botnya itu sedikit sebanyak menjejaskan mata pencariannya yang mengusahakan bot sewa di Pantai Telok Kemang.
“Saya agak ralat kerana bot yang hilang itu enjinnya baru tiga hari dibaiki malah duit upah dan bayaran membaiki enjin itu sebanyak RM4,000 masih belum dilangsaikan kepada mekanik,” katanya.
Mohd Ali berkata, tali sauh bot yang hilang itu telah dipotong sementara sebuah lagi bot miliknya dirosakkan hos minyaknya.
"Mungkin pencuri mahu melengah-lengahkan kami mengejar mereka menggunakan bot ini apabila menyedari kejadian ini lebih awal.
“Terdapat beberapa kesan tapak kaki orang dewasa di atas bot saya yang ditinggalkan dan saya yakin kejadian kecurian ini dilakukan lebih daripada dua orang,” katanya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Telok Kemang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: