Saturday, August 31, 2013

Laman web untuk para ibu berinteraksi


DARI kiri: Pengarah Pemasaran Danone Dumex, Ang Ching Lee bersama Brendish, Azizah, Preeta dan Indra pada majlis pelancaran dumex.com.my.


ALAM keibuan membawa pelbagai pengalaman berharga, indah dan penuh emosi. Hakikatnya, ia merupakan satu komitmen berpanjangan yang bermula dari saat kehamilan.
Menyedari betapa penting peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dan sokongan yang diperlukan, Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd. (Danone Dumex) baru-baru ini melancarkan laman web interaktif dumex.com.my.
Laman web itu direka khas untuk memberi akses kepada golongan ibu berhubung, berkongsi pengalaman dan petua-petua berkaitan alam keibuan.
Penasihat-penasihat Talian Pelanggan Dumex® dan beberapa profesional kesihatan terpilih turut mengulas mengenai isu-isu berkaitan seperti kehamilan, kelahiran bayi dan zaman kanak-kanak.
Intipati
Melalui ruangan Share Your Wisdom atau Kongsikan Mutiara Kata Anda, para ibu boleh berkongs pengalaman peribadi mereka bersama ibu lain.
Laman web tersebut boleh dilayari menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.
Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti laporan berat badan ketika hamil dan kalendar kehamilan. Ciri-ciri lain seperti perbualan secara langsung dan perkongsian detik-detik keemasan akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Menurut Pengarah Urusan Danone Dumex, Toni Brendish, pihaknya menjadikan para ibu sebagai rakan bagi memupuk semangat baharu kepada golongan tersebut.
“Platform digital Dumex® baharu ini diolah untuk memberikan kaum ibu akses kepada komuniti ibu lain dan pakar-pakar yang berkaitan.
“Selain itu, pelbagai ciri interaktif dan menarik di laman web ini bukan sahaja berperanan sebagai alat mendidik, tetapi turut memberikan keseronokan dalam menempuh alam keibuan,” katanya pada majlis perlancaran laman web berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Anggota panel
Bersempena majlis pelancaran itu, Danone Dumex telah menjemput beberapa orang bakal ibu ke sesi rancangan bual bicara bercorak pendidikan yang bertajuk Nutrisi Sewaktu Hamil.
Penasihat Talian Pelanggan Dumex® yang juga merupakan seorang ibu, L. Preeta; pakar diet, Indra Balaratnam dan ibu selebriti, Azizah Ariffin, merupakan ahli panel yang dijemput membicarakan tajuk tersebut.
Ketiga-tiga mereka turut berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai seorang ibu.
“Ramai ibu yang menghubungi talian pelanggan kami menyatakan perasaan bimbang dan tidak yakin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mereka inginkan kepastian sama ada perkara yang dilakukan betul atau sebaliknya demi kebaikan anak dan keluarga mereka,” kata Preeta.
Bagi Indra, penjagaan sepanjang kehamilan amat penting. Ini termasuk pengambilan makanan yang bernutrisi yang memberi manfaat bagi wanita dan bayi yang dikandung.
“Semasa mengandung, saya amat bertuah kerana emak dan kawan-kawan sering memberi dorongan dan nasihat.
“Laman web baharu ini pastinya akan memudahkan ibu-ibu seperti saya untuk berkomunikasi bersama komuniti ibu lain di luar sana,” ujar Azizah.
Golongan ibu yang berminat untuk turut serta boleh mendaftar sebagai ahli Dumex® Mama Club di dumex. com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: