PERAI - Seorang wartawan Sinar Harian disamun seorang lelaki bermotosikal di stesen minyak di Jalan Tenggiri di sini, hari ini.
Siti Nur Mas Erah Amran, 29 berkata, ketika kejadian kira-kira jam 4.50 petang dia baru selesai membeli barang dalam kedai stesen itu dan duduk di meja yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar.
“Seorang lelaki bertopi keledar datang dari bahagian rak roti di belakang saya, mengambil dompet yang diletakkan di atas meja dan melarikan diri dengan motosikal.
“Kejadian itu berlaku dengan pantas dan beberapa pelanggan di situ nampak tergamam dan tidak sempat menghalang tindakan lelaki tersebut.
“Mujurlah saya memegang kuat iPad di atas meja dan pencuri hanya mengambil dompet yang mengandungi wang tunai RM50 dan beberapa dokumen penting antaranya My Kad dan kad bank serta kad perubatan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya.
Siti Nur Mas Erah, yang sering mengguna perkhidmatan internet di stesen minyak itu berkata, pengalaman pahit itu menjadi pengajaran kepadanya.
“Walaupun di tempat tertutup yang ada kamera litar tertutup (CCTV), kejadian seumpama itu boleh berlaku. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: