Kata orang penantian satu penyeksaan dan begitulah yang dirasai oleh
penerbit dan pengarah filem terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba sejak
setahun lalu.
Mengakui kesal dengan provokasi sesetengah pihak yang melakukan tekanan agar hasil karya Tanda Putera ditangguhkan tayangan atas alasan politik serta dikatakan bakal mencetuskan ketegangan kaum, Shuhaimi atau mesra disapa Shumi kini boleh melepaskan satu lelah.
Tidak menafikan ini adalah dugaan terbesarnya sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam bidang pengarahan, Shuhaimi berkata dia hampir saja mengalah dengan sikap sesetengah pihak yang lebih suka mengkritik berbanding memberi sokongan kepadanya.
“Ada yang berkata kepada saya, daripada saya menghadapi kontroversi sebegini lebih baik saya buat filem hantu atau filem bergenre lain. Ada juga yang mula ‘merajuk’ dan mengakui tak mahu terlibat lagi dengan pembikinan filem saya.
“Malah saya sendiri hampir mogok dan enggan meneruskan lagi tugas penerbitan dan pengarahan kerana kecewa dengan provokasi remeh yang dimainkan sesetengah pihak.
“Ia seolah-olah saya dijatuhkan hukuman tanpa dibicarakan. Namun selepas tayangan Tanda Putera malam Selasa minggu lalu, ramai yang tampil memberi sokongan kepada saya dan secara tidak langsung ia mengembalikan semangat saya untuk terus berkarya,” jelasnya.
Biarpun Tanda Putera hanya akan menemui penonton Khamis ini, akui Shuhaimi dia sudah mempunyai beberapa naskhah yang masih lagi dalam pertimbangan untuk diterbit dan diarahkan.
“Ya, memang sudah ada beberapa projek. Bagaimanapun buat masa ini saya lebih selesa untuk berehat terlebih dahulu dan melihat sambutan dan perkembangan Tanda Putera,” katanya.
Ditebak adakah Tanda Putera bakal menjadi filem sejarah terakhir arahannya, Shuhaimi berkata, biarpun kecewa dengan kontroversi yang berlaku, namun ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buatnya menghasilkan sebuah filem seperti ini lagi.
“Sebagai pembikinan filem saya tidak boleh elak daripada menghasilkan sebuah karya yang boleh memberikan kesedaran kepada semua. Namun buat masa ini saya masih belum memikirkan siapa lagi tokoh negarawan yang mahu diangkat ke layar perak,” katanya.
Semangat luntur
Penangguhan tayangan filem sejarah itu sebanyak beberapa kali, sehingga berlanjutan lebih setahun, menyebabkan Pesona Pictures terpaksa menanggung kerugian bukan sahaja wang ringgit bahkan semangat pasukan untuk melihat Tanda Putera dilayarkan di pawagam.
“Selepas segala kontroversi ini, bukan semangat saya saja yang luntur, bahkan seluruh tenaga produksi merasa tekanannya. Berbulan kami bersengkang mata menyiapkan penggambaran, malah saya sendiri bersama beberapa individu penting mengambil masa setahun untuk melakukan penyelidikan.
“Sebab itu jika ditanya mengenai kerugian akibat penangguhan filem ini, saya tiada jawapan. Kerugiannya terlalu besar, ia tidak boleh dihitung dengan wang ringgit semata-mata, tetapi ia turut merangkumi maruah, semangat dan juga kepercayaan,” katanya.
Harap sokongan semua
Menurut Shuhaimi, sehingga kini dia masih terasa debarannya dan berharap semua pihak dapat memberi sokongan bukan sahaja terhadap filem Tanda Putera bahkan kepada seluruh filem tempatan.
Beliau juga memohon kepada segelintir masyarakat yang membuat kritikan yang tidak adil, juga kepada sesiapa yang melabelkan filem ini sebagai filem berbaur perkauman dan propaganda agar menonton dan menilai filem ini di pawagam sendiri sebelum membuat pelbagai andaian melulu dan tidak berasas.
“Jika dilihat semula, filem ini sangat berbeza kerana filem ini memaparkan dua orang tokoh yang menghadapi tempoh paling getir dalam sejarah Malaysia dan mereka juga berhadapan dengan penyakit yang kritikal, sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara lain.
“Saya harap rakyat Malaysia terus beri kami peluang untuk berkarya dan sokonganlah kami. Tanpa sokongan mereka, industri kita akan terus mati begitu sahaja,” ujarnya yang pernah mengarahkan filem ‘1957 Hati Malaya’ ini.
Dua tokoh berwibawa
Tanda Putera membawa penonton melayari kisah perbalahan antara orang Melayu dan Cina yang berlaku pada 13 Mei 1969, isu yang kononnya dikatakan boleh membangkitkan kembali kemarahan kedua-dua kaum itu tidaklah seteruk yang disangka.
Apatah lagi adegan terbabit hanya dipaparkan pada awal cerit dan selebihnya adalah kisah persahabatan dua tokoh berwibawa iaitu Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail.
Akui Shuhaimi, rata-rata tetamu yang hadir pada malam gala Tanda Putera mengakui sendiri kepadanya bahawa mereka tidak nampak apakah elemen sensitif filem ini sehingga ia menjadi judul kontroversi.
“Ramai yang mengakui tersentuh dengan pengorbanan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Mereka juga tertanya-tanya apakah perkara isu yang disensasikan oleh pihak tertentu yang mengatakan filem ini boleh mencetuskan ketegangan kaum.
“Selepas ini jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan filem mini dan mahu berjumpa saya, saya sedia bertemu. Atau pun jika ada yang mahu mengkritik, saya bersedia menerima kritikan daripada mereka,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: