JOHOR BAHRU - Seorang ketua jabatan institusi perguruan dijatuhi
hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah sesyen di sini, selepas
didapati bersalah menerima suapan RM37,069.40, empat tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah kes ke atas Azmi Hassan, 50, yang berkhidmat selaku Ketua Jabatan Sains Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), di sini.
Mohamad Haldar membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan selesai dengan menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut kertas pertuduhan, Azmi didakwa menerima sekeping cek bernombor 025330 bernilai RM37,069.40 daripada seorang kontraktor yang terlibat dalam projek naik taraf sistem kumbahan bernilai RM198,927 dan naik taraf flat pekerja bernilai RM198,999 di institusi tempat tertuduh berkhidmat.
Setelah cek tersebut ditunaikan, Azmi telah menggunakan wang itu untuk bayaran deposit pembelian kereta jenis Toyota Mark X.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di No 02-04, Larkin Indah, di sini, pada jam 11 pagi, 24 Ogos 2009, yang mula ditangkap 7 Ogos tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd Malik, manakala tertuduh diwakili peguambela, S Vijaya.
Terdahulu, dalam rayuan Vijaya memohon hukuman diringankan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan menanggung enam orang anak termasuk dua anak tiri serta telah berkhidmat selaku penjawat awam selama 26 tahun.
Vijaya menegaskan sepanjang kes berlangsung, Azmi dan isterinya berniaga pakaian di pasar malam sehingga memaksa isterinya yang berkhidmat selaku pembantu pejabat di sekolah meletakkan jawatan akibat tekanan.
Namun begitu, Ridzuan menegaskan hukuman yang berat perlu dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan Azmi serius dan membabitkan nilai suapan yang besar.
“Kesalahan tertuduh serius melibatkan jumlah besar RM37,069.40 di mana dalam kes ini Azmi telah menerima manfaat faedah dari hasil jenayah yang dilakukan.
“Tindakan tertuduh telah mencemar profesion perguruan dan perkhidmatan awam yang harus dikenakan hukuman yang berat bagi memberi pengajaran yang jelas pada masyarakat,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: