Saturday, July 14, 2012

Shell Rimula R5 LE dan Shell Rimula R6 LM


DARI KIRI: Pengurus Teknikal Minyak Pelincir, Jimmy Tan Peng Hui; Pengurus Jenama Global Shell Rimula, Seow Lee Ming dan Chia sewaktu melancarkan rangkaian minyak Shell Rimula di Subang, Selangor.


SHELL Lubricants baru-baru ini melancarkan dua minyak baharu untuk enjin diesel dalam rangkaian produk Shell Rimula. Dikenali sebagai Shell Rimula R5 LE dan Shell Rimula R6 LM, ia merupakan minyak enjin diesel yang tahan lasak dengan teknologi sintetik.

Sebelum ini, rangkaian minyak Shell Rimula hanya merangkumi minyak sintetik penuh dan minyak mineral. Boleh didapati dalam gred kelikatan SAE 10W-40, Shell Rimula R5 LE menepati kebanyakan spesifikasi global yang paling ketat seperti API CJ-4, ACEA E9 dan Volvo VDS-4.

Sebagai pelincir dengan teknologi sintetik, Shell Rimula R5 LE boleh menjimatkan kos berbanding pelincir sintetik penuh. Dirumus untuk meningkatkan penjimatan dan mengandungi kandungan SAPS (abu sulfat, fosforus, sulfur) yang rendah, ia dicipta khusus untuk turut membantu pengendali trak mengurangkan pengeluaran asap ekzos.

Shell Rimula R5 LE menjimatkan minyak sehingga 1.6 peratus dalam ujian di jalan raya menggunakan trak sederhana berat (untuk pemanduan di lebuh raya), berbanding minyak 15W-40 biasa.

Shell Rimula R6 LM baharu pula ialah minyak pelincir sintetik penuh yang hadir bersama spesifikasi dipertingkatkan yang mengatasi piawaian emisi Euro 4. Bergantung kepada jenis enjin, servis dan keadaan pengendalian, Shell Rimula R6 LM boleh mencatatkan selang masa pertukaran minyak sehingga 120,000 kilometer.

Rumusan Shell yang unik dalam minyak enjin Shell Rimula R5 LE dan Shell Rimula R6 LM mampu memenuhi keperluan enjin trak yang sentiasa berubah. Ia bertindak cepat untuk melindungi enjin dan sistem ekzos daripada haus dengan mencegah pengumpulan asid serta enapan.

Justeru, kedua-dua produk tersebut boleh membantu pengendali trak mengurangkan kos operasi dan memaksimumkan penggunaan jentera masing-masing.

Pengurus Besar Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, Chia Uen Li menyatakan Shell sentiasa memanfaatkan teknologinya untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang boleh membaiki prestasi, meningkatkan kecekapan serta mengurangkan penggunaan minyak.

"Shell membezakan dirinya dengan menjadi pembekal pelincir yang mutlak kepada pengendali trak. Kami menawarkan produk dan penyelesaian perniagaan yang dirumus khas dan dikenali sebagai Driveline.

"Driveline merupakan rangkaian lengkap produk berteknologi tinggi untuk melindungi setiap komponen enjin daripada haus, asid dan enapan. Antara produk dalam rangkaian Driveline ialah minyak enjin diesel Shell Rimula, minyak transmisi, minyak gandar dan gear Shell Spirax serta minyak Shell Gadus," jelas Chia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: