BATU PAHAT – Persediaan awal dengan menabung semasa masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) sememangnya digalakkan kerana ia akan memudahkan pelajar menempuh alam pekerjaan kelak, apatah lagi jika disimpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Bagi memahami fungsi ASNB kepada mereka yang bakal menempuh alam pekerjaan ini, Seminar Pelaburan 360 hari diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, agar mereka dapat merancang kewangan dan seterusnya mengelakkan inflasi dalam kehidupan seharian.
Seminar berkenaan juga memberikan penerangan kepada peserta wang yang mereka simpan melalui ASNB, juga berperanan untuk kegunaan mereka apabila mereka berada dalam situasi kesempitan wang.
Seorang bakal guru, Olivia Shee Xin Li, 19, berkata, memang tidak dapat dinafikan setelah tamat pengajiannya di IPG kelak, dia sudah mempunyai pekerjaan tetapi tetap memerlukan wang untuk memulakan hidup di alam berkenaan.
Katanya, setelah memikirkannya, dia akan mula menabung dengan ASNB kerana tidak mahu berada dalam keadaan yang susah apabila berada di awal alam pekerjaan yang sudah tentu banyak perkara yang memerlukan wang.
“Saya yakin di dalam ASNB ini, simpanan akan selamat di samping mempunyai dividen yang diberikan setiap tahun yang akan memudahkan saya apabila menempuh masa akan datang,” katanya.
Menurut S Barathan, 19, dia yang belum mempunyai sebarang akaun dengan ASNB ini begitu tertarik dengan pelbagai faedah yang bakal diperolehinya.
Katanya, dia akan segera membuka satu daripada akaun yang ditawarkan sebagai persediaan di masa hadapan, memandangkan kos hidup yang semakin tinggi setiap tahun.
“Jika kita ada simpanan dari sekarang, sudah tentu akan memudahkan urusan di kemudian hari,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Zahim Ibrahim, 19, berkata, menyimpan wang bukan sahaja kepada kanak-kanak seperti yang disarankan oleh ibu bapa, tetapi kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kerana mereka bakal menempuh alam pekerjaan.
“Jika masih belajar, kita tidak malu untuk minta wang daripada ibu bapa tetapi apabila sudah bekerja sudah pasti malu dan ketika itulah wang simpanan akan menjadi sandaran," katanya.
Sunday, July 29, 2012
Pelaburan ASNB banyak faedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: