SETELAH melangkah ke alam perkahwinan, rezeki Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau lebih dikenali sebagai Scha Alyahya makin bertambah.
Selepas dilantik sebagai duta produk Avon Malaysia dan Carefree, nampaknya rezeki sekali lagi memihak kepada Scha Alyahya apabila dia diumumkan sebagai jurucakap pusat beli-belah fesyen terkemuka, Kenanga Wholesale City (KWC).
KWC ialah pusat beli-belah fesyen borong sehenti pertama di Malaysia yang menyatukan pelbagai perniagaan berasaskan fesyen, aksesori, kasut, hadiah-hadiah dan produk-produk kecantikan di bawah satu bumbung.
Scha dipilih sebagai duta itu kerana bakat berlakon, mengacara dan peragaannya menepati kriteria KWC selain mencerminkan imej fesyen terkini para wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta proaktif.
Scha mengakui dia sangat teruja dipilih sebagai jurucakap pusat beli-belah tersebut dan peluang itu turut dikongsi bersama peminat fesyen yang sanggup mencari lokasi baru mencari pakaian dan aksesori terkini.
Melihat pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri, Awan Dania membeli-belah di KWC nampak begitu mudah kerana apa jua fesyen boleh didapati di bawah satu bumbung.
Jom, lihat aksi Scha Alyahya shopping bersama peminatnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: