Sunday, July 29, 2012

Briged Sukarelawan sumbang serunding


ABDUL HADI (tengah) bersama ahli BSKN memasak serunding daging untuk diagihkan kepada anggota tentera di Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR - Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) akan menyumbangkan sebanyak 1,000 pek serunding kepada anggota tentera yang bertugas di luar negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, program tersebut merupakan salah satu inisiatif BSKN yang terdiri daripada bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai menghargai pengorbanan anggota tentera yang terpaksa bertugas di perbatasan.

"Program kali ini juga berbeza daripada tahun sebelumnya kerana sumbangan serunding ini akan diagihkan kepada anggota tentera yang bertugas di luar negara yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: