Sunday, July 29, 2012

Kecil tapi gempak

TIDAK perlu pembesar suara yang terlalu besar untuk mendapatkan bunyi yang mantap dan clean jika kamu hanya memerlukan sebuah pembesar suara bersaiz tapak tangan bagi mendapatkan hasil yang sama.

Boom Botix sebuah speaker keluaran Skully Boom menampilkan rekaan menarik dengan rekaan pembesar suara yang menyerupai tengkorak kepala.

Hasil daripada idea patung permainan DIY Skully yang membolehkan penggemar design sendiri corak patung permainan tersebut bagi ekspresi diri mereka.

Boom Botix kini tampil dengan dua jenis pembesar suara iaitu BB1 dan BB2 yang mana masing-masing menyerlahkan rekaan yang unik sama ada dengan wayar mahupun tanpa wayar.

Bukan itu sahaja, Boom Botix sememangnya menepati gaya hidup semasa remaja yang ekstrem kerana ia amat suai bagi aktiviti lasak seperti berbasikal, skateboard, meluncur air dan juga salji serta kalis air.

Kesemua pembesar suara Boom Botix boleh memainkan muzik melalui iPod, iPhone, Android, pemain MP3, komputer dan pemain audio mudah alih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: