Pasar Raya Besar Giant Alor Setar kini berwajah baru. Ia bukan sekadar sebuah pasar raya tetapi sebuah gedung bergaya dilengkapi pelbagai rangkaian jenama fesyen terkini.
Kawasan seluas 103,000 kaki persegi itu diubahsuai untuk memuatkan satu bahagian baru yang menarik, mempamerkan pakaian terkini dan bergaya bagi memenuhi keperluan pelanggan pada nilai yang lebih baik.
Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Mun Hao berkata, pengubahsuaian pasar raya itu yang menelan belanja lebih RM300,000 adalah sebagai respons kepada maklum balas yang diterima daripada pelanggan yang menunjukkan keinginan untuk mempunyai lebih banyak pilihan pakaian berjenama di Giant.
“Kami memperuntukkan keseluruhan tingkat dua yang berkeluasan 12,150 kaki persegi memuatkan 22 kaunter.
"Jenama-jenama terdiri daripada G-Trend, Asadi, Feeldino, Byford, Edwin, U-Kids, Sesame Street, O’Dear, Pureen, OK Baby, Rags, Mountain State, Hot Base, Bentop, Cheetah, Sen Q/My Size, Tuff, Esse One, US Ladies, Passione, Modernform, Coyen, Aurona/Sabelle, Fiffy dan WOC," katanya.
Menurutnya, direka berkonsepkan kedai dalam kedai, pembeli akan berasa seolah-olah sedang berjalan dari satu kedai ke kedai yang berbeza.
“Untuk keselesaan pelanggan, sebuah eskalator yang membawa mereka terus ke bahagian itu turut disediakan,” katanya.
Bagi meraikan wajah baru pasar raya tersebut, dan bersempena dengan Ramadan, Pasar Raya Giant Alor Setar juga menawarkan diskaun antara 10 hingga 70 peratus bagi beberapa jenama terpilih.
Katanya, pembaharuan itu juga termasuk peningkatan ketara pada bahagian pasar segar apabila lebih banyak ruang diperuntukkan untuk menempatkan lebih kepelbagaian dan pilihan ikan segar, daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran; keluaran tempatan mahupun yang diimport.
Terletak di lokasi strategik di Pusat Komersial Souk Al-Bukhary, berdekatan pusat bandar Alor Setar, Pasar Raya Giant ini menjadi destinasi membeli-belah popular bukan sahaja untuk masyarakat setempat, malah dari kawasan kejiranan terutama Perlis, sejak mula beroperasi lima tahun lalu. Pasar raya ini menerima lebih 3,000 pelanggan setiap hari.
Sunday, July 29, 2012
Giant Alor Setar berwajah baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: