|
|
HENDAK seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jika mahukan sesuatu, siapa-siapa pun sanggup berusaha berubah jadi baik. Diva percaya itu.
Jadi bila Sharnaaz kata dia nekad nak berubah daripada cepat nak panas baran kepada orang yang lebih cool demi kebaikan diri, Shila dan keluarga, itu satu hijrah yang baik. Alah, bab panas baran ni, Diva sendiri memang ratu panas baran. Nak-nak, kalau tengah deadline.
Jadi, tak perlulah nak kecoh-kecoh, semua orang ada perasaan yang penting kena bijak kawal nafsu. Bab Shila cakap benda yang dia tak suka pasal sikap Sharnaaz, Diva rasa itu pun cerita lama. Sebab dah tak ada cerita baharu, Shila bercerita pasal lelaki bagaimana yang dia suka dan tak suka, tapi sebelum dia kenal Sharnaaz. Ikutkan hati semua nak yang sempurna.
Satu lagi, Diva rasa, suara sumbang gesa Sharnaaz dan Shila supaya segera berkahwin daripada duk bercinta lama-lama, ada juga nampak macam tak bijak. Bukan nak galakkan supaya ramai lagi pasangan bercinta teruskan agar bercinta lebih sakan, tapi sebab kahwin bukan perkara boleh main petik jari sahaja.
Sharnaaz memang dah umur 27 tahun tapi Shila baru 22 tahun, baru kenal rasa bercinta itu apa. Tapi, dah namanya artis, kalau dah bercinta tu, soal kahwin memang wajib ditanya. Diva percaya, ibu bapa kedua-dua belah pihak sudah ada perancangan dalam hati. Sebab itu bila ND Lala, ayah Shila tak kata 'ya' dan tak kata 'tak' dengan episod cinta anak gadisnya, dia sebenarnya tengah perhati dan tunggu masa yang sesuai sahaja. Kerja jodoh tu kan rahsia Tuhan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: