Sunday, July 29, 2012

Hijrah Leya Hot FM


SHARIFAH ALEYA


SEJUK hati Diva yang selalu kepanasan dek sibuk bakar kuih baulu sekarang bila seorang teman tiba-tiba telefon nak kongsi cerita seorang personaliti radio Hot FM, Sharifah Aleya yang kini sudah tampil berhijab.

Diva sendiri tak pernah pula terserempak dengan Leya. Kata teman wartawan kepada Diva, dia terserempak dengan Leya yang sudah menjalani kehidupan dalam imej berhijab ketika berkunjung ke sebuah restoran di The Curve, Damansara untuk berbuka puasa dengan rakannya.

Dia mulanya nak juga menegur Leya yang dilihat ditemani seorang rakan tapi memikir Leya agar tidak terganggu, dia berlalu begitu sahaja.

Katanya, Leya nampak cantik dan manis sekali. Diva sendiri teringin nak jumpa Leya, nak juga dengar sendiri daripada mulut ibu kepada sepasang anak perempuan kembar itu tentang hijrah yang dilakukan. Kita jumpa 31 Julai nantilah Leya ya, kebetulan Hot FM ada acara buka puasa lusa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: