Saturday, July 14, 2012

Rangkaian basikal Skoda 2012


DUTA basikal Skoda, Hänninen (kiri) dan Kopecký memperagakan basikal baharu Skoda.


SKODA Auto baru-baru ini memperkenalkan basikal untuk tahun 2012. Rangkaian basikal baharu itu meliputi tujuh model yang dibina untuk kegunaan dan kumpulan umur berbeza.

Semua basikal tersebut menggunakan warna hijau putih yang sinonim dengam pasukan Skoda Motorsport. Ia juga menampilkan reka bentuk korporat Skoda baharu dan lebih segar.

Dua orang pemandu daripada pasukan Skoda Motorsport, Juho Hänninen dan Jan Kopecký telah dipilih sebagai duta basikal dan aksesorinya.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa basikal adalah sebahagian daripada latihan kami. Sebelum menyertai perlumbaan, kami perlu mengayuh basikal sejauh beratus-ratus kilometer," kata Kopecký.

Basikal Skoda Road dibina menggunakan kerangka aluminium dan fork karbon. Sementara model Skoda MTB dan MTB Full pula sesuai untuk dikayuh di atas jalan tar.

Untuk kanak-kanak, Skoda MTB-Junior direka khas dengan teknologi basikal orang dewasa. Antara ciri yang ada padanya ialah fork depan yang boleh dikunci dan transmisi 21 kelajuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: