|
|
PARIS - Bintang pop, Madonna dicemuh pada sebuah konsert mini di Perancis kerana meninggalkan pentas selepas melakukan persembahan cuma 45 minit.
Sebahagian penonton yang tidak berpuas hati ekoran tempoh singkat konsert berkenaan, menjerit: "Kembalikan wang kami."
Berlangsung di Dewan Olympia di sini, Khamis lalu, konsert tersebut turut disiarkan secara langsung di laman perkongsian video YouTube.
Kelmarin, saluran yang menyiarkan konsert itu menutup komen untuk klip video berkenaan selepas ruangan tersebut mencatat 12,000 komen negatif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: