RINGKAS...tampil manis dalam persalinan kebaya dengan wajah lebih bertenaga menerusi teknik solekan cukup ringkas.
SELALUNYA, wajah kelihatan lebih kusam dan pucat daripada kebiasaan ketika berpuasa. Ini mungkin disebabkan kita kekurangan air kerana tidak dapat minum dalam kuantiti secukupnya.
Namun begitu, jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidak tampil menawan dan bersemangat. Melalui teknik solekan yang betul dan sederhana, ia tetap mampu menyerlahkan seri wajah.
Justeru, minyak khusus untuk penjagaan kulit, Bio Oil, baru-baru ini bersama jurusolek profesional, Kres Kuang berkongsi petua merias diri dan penjagaan kulit yang penting bagi wanita Muslim agar kulit wajah sentiasa tampak berseri sepanjang tempoh berpuasa.
Menurut Kres, sebelum ini orang ramai mengenali produk Bio Oil kerana ia terkenal sebagai minyak yang memudarkan parut, mengurangkan kesan regangan dan meratakan ton kulit tidak sekata namun tidak pernah mengetahui minyak ini juga boleh digunakan dalam solekan.
Selain itu, Bio Oil dirumus daripada bahan selamat untuk kulit sensitif. Ia menggandingkan manfaat vitamin A dan E serta ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti minyak kalendula, lavender, rosemary dan kamomil dalam asas minyak.
Ia juga mengandungi bahan aktif teknologi terkini iaitu minyak purcelin, yang berperanan mengubah tahap sedia ada atau sekata produk hingga menjadikannya ringan dan tidak melekit.
“Hanya dengan setitis minyak ini yang dicampurkan sedikit dengan bedak asas, pemerah pipi dan pembayang mata, wajah anda mampu kelihatan berseri dan bersinar.
“Uniknya, walaupun wajah disapu dengan campuran minyak pati Bio Oil dan alat solek, wajah anda tidak akan berminyak apatah lagi comot kerana fungsi minyak terbabit yang sudah dan mudah menyerap masuk ke dalam kulit dengan baik.
“Oleh itu, ia juga membuatkan solekan tahan lebih lama dan tidak berbelak ketika terdedah di bawah cahaya matahari,” katanya.
Bagi wanita yang bekerja pada waktu siang, teknik solekan ringkas dan lembut amat bersesuaian dijadikan pilihan. Bagaimanapun, pilihan warna pembayang mata dan pemerah pipi haruslah sesuai dengan ton kulit.
Kres berkata, solekan boleh dimulakan dengan mencampurkan setitik minyak Bio Oil dengan bedak asas. Kemudian, sapukan ia bermula dari bahagian atas wajah menggunakan berus supaya ia lebih rata dan kemas.
Selepas itu, mengikut cara sama setitis Bio Oil dicampur dengan pembayang mata. Sapukannya pada kelopak mata bermula dengan warna lembut terlebih dulu sebagai asas kemudian warna agak gelap di penjuru mata.
“Ia disusuli dengan penggunaan maskara. Celak mata tidak diperlukan kerana solekan yang dikehendaki hanya mahu memfokuskan seri wajah secara sederhana dan semula jadi.
“Kemudian, sapukan minyak Bio Oil pada bibir dan oleskan gincu berwarna lembut. Akhir sekali, sapukan itu semula bagi menghasilkan bibir yang kilat
dan segar tanpa penggunaan pengilat bibir yang kadang-kadang meninggalkan kesan melekit,” katanya.
Berdasarkan langkah mudah itu, wajah tidak lagi kelihatan lesu dan tidak bermaya tetapi bertukar menjadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk ditatap walaupun sedang menjalani ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: