Monday, July 16, 2012

Sepatu motif flora


KASUT bertumit tinggi yang anggun digayakan bersama gaun labuh atau dres mini.


PERSEPSI bahawa jenama Alfio Raldo hanya untuk golongan wanita dewasa dan berkerjaya perlu diubah.

Himpunan Alfio Raldo tidak lagi terhad kepada warna hitam, coklat gelap mahupun kelabu yang disifatkan sinonim dengan cita rasa wanita dewasa. Sebaliknya, Alfio Raldo kini menampilkan seleksi produk berasaskan palet warna ceria dan lembut yang ideal digayakan kelompok wanita muda.

Buktinya, lihat saja koleksi terbaharu sepatu Alfio Raldo yang dilancarkan pada pertunjukan fesyen Alfio Raldo 2012 di pusat beli-belah Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bagi menarik minat generasi muda sekali gus menyuntik penampilan yang ceria serta funky, Alfio Raldo menawarkan kasut tumit tinggi dan bertapak baji yang bermotifkan flora.

Menariknya mengenai sepatu motif flora berkenaan ia sesuai digayakan tatkala bersantai bersama teman, menghadiri parti minum petang, kuliah ataupun ke pejabat.

Rekaan dan potongan kasut yang ringkas masih mampu menyerlahkan gaya penampilan anggun, comel dan feminin.

Asalkan si pemakai bijak mempraktikkan konsep suai dan padan bersama busana, aksesori dan beg tangan, penampilan anda pasti memukau.

Kualiti produk Alfio Raldo tidak perlu disangkal lagi kerana ia bukan sahaja diperhalusi dengan jahitan yang amat kemas, malah menggunakan kulit yang bermutu tinggi.

Proses pembuatan yang terbaik diaplikasikan bagi memastikan si pemakai berasa selesa, yakin dan bergaya apabila melangkah menggunakan kasut Alfio Raldo.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: