
MERCEDES-BENZ sekali lagi mengujakan segmen kompak premium menerusi pengenalan rangkaian varian A-Class baharu yang bakal berada di pasaran United Kingdom (UK) pada Disember 2012.
A-Class generasi baharu itu tampil dengan lima model untuk dipilih. Ia ditawarkan melalui dua pakej reka bentuk, penggayaan aggresif dan enjin berkuasa daripada 109hp hingga 211hp.
Lima varian itu ialah A-Class, SE, Sport, AMG Sport dan Engineered by AMG. Model asas A-Class yang bertransmisi manual mempunyai suspensi jenis comfort. Sementara varian SE pula dibezakan menerusi gril radiator dan beberapa kemasan lain pada ruang kabin. Kedua-dua model itu dipasang dengan enjin A 180 BlueEFFICIENCY petrol (122hp) dan A 180 CDI BlueEFFICIENCY (diesel).
Varian sport pula dibezakan menerusi tambahan variasi enjin iaitu A 200 BlueEFFICIENCY petrol (156hp) dan A 200 CDI BlueEFFICIENCY diesel (136hp).
Model lebih berkuasa iaitu AMG Sport hadir bersama Dynamic Handling Package, suspensi sports dan bodykit AMG. Ia juga mempunyai varian enjin tambahan iaitu A 250 BlueEFFICIENCY berkuasa 211hp.
Melengkapkan rangkaian A-Class ialah versi Engineered by AMG. Antara ciri yang membezakan model itu dengan varian lain ialah enjin A 220 CDI BlueEFFICIENCY AMG Sport dan pelbagai ciri mewah lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: