Tuesday, July 17, 2012

3,000 liter diesel tidak sempat diseludup


BOT nelayan yang ditahan kerana cuba menyeludup keluar 3,000 liter minyak diesel bersubsidi di perairan Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.


JOHOR BAHRU – Pasukan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 3,000 liter disyaki minyak diesel bersubsidi di perairan Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, bot nelayan itu dikesan selepas APMM mendapati ia dalam keadaan yang mencurigakan apabila berlegar-legar di perairan Tanjung Ayam, Kota Tinggi.

“Hasil pemeriksaan pada pukul 9.16 pagi itu, APMM menemui 3,000 liter minyak yang diletakkan dalam tiga tangki besar yang dipercayai minyak diesel bersubsidi.

“Tekong bot yang ditemui gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan minyak tersebut. APMM juga percaya minyak itu cuba dijual kepada kapal-kapal yang berlabuh di perairan Pengerang,” katanya kepada Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: