Tuesday, July 17, 2012

Finas lancar operasi serbuan


PEGAWAI penguat kuasa Finas merampas pelbagai barangan audio visual serta pemain cakera padat di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini melancarkan operasi bersepadu di seluruh negara bagi mengesan pusat karaoke yang tidak mempunyai lesen daripada agensi itu.

Ketua Penguat Kuasa dari Ibu Pejabat Finas, Hairudin Tumiran berkata, pusat karaoke yang beroperasi tanpa lesen Finas akan berdepan tindakan undang-undang dan sita.

"Pada masa yang sama Finas juga akan menjalankan operasi ke atas premis yang melakukan aktiviti berkaitan cetak rompak," katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi ke atas sebuah premis karaoke di sini malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: