DALAM sebuah institusi atau organisasi, biasanya akan berlaku konflik dalaman di kalangan anggota serta ahli yang bernaung di bawahnya.
Konflik atau kemelut dalaman akan menjejaskan pengurusan dan operasi harian organisasi tersebut lantaran ia disibukkan dengan keributan yang tidak berkesudahan.
Akhirnya, organisasi terbabit akan musnah dimamah pertelingkahan dalaman yang menyebabkan anggotanya mengambil haluan sendiri, berpaling tadah atau melakukan protes.
Syarikat yang tidak menguruskan konflik dengan sewajarnya bakal menerima nasib malang. Ia akan kecundang, bukan disebabkan kehebatan pesaingnya, tetapi dengan kelemahan dalamannya.
Konflik tercetus disebabkan setiap anggota organisasi tersebut mempunyai hasrat, keinginan, pemikiran dan kepentingan yang berbeza. Ditambah pula dengan komunikasi yang tidak terurus dan berkesan menyebabkan salah faham yang berterusan.
Justeru, kita tidak boleh memandang enteng terhadap konflik yang berlaku. Ia tidak wajar untuk dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mengharapkannya 'pergi dibawa angin' tanpa mengambil sebarang langkah perlu dari awal.
Tuntasnya, sesebuah syarikat perlu mengambil langkah yang berkesan bagi menguruskan konflik. Ini memerlukan kebijaksanaan dalam menilai langkah yang perlu agar konflik tersebut tidak berpanjangan.
Kesimpulannya, konflik yang berlaku perlu diselesaikan segera dengan penuh bijaksana. Belajarlah dari konflik yang berlaku untuk bermuhasabah dan mengambil iktibar agar ia tidak berulang pada masa akan datang. Sediakan saluran untuk sebarang aduan dan laporan supaya ia tidak tersekat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: