Thursday, May 24, 2012

Gajet untuk pembikin filem cereka




BARANGKALI ramai individu di luar sana yang bercita-cita menjadi pengarah filem atau mempunyai hobi membuat sebuah filem pendek sebagai cara untuk mengekspresi diri.

Syarikat teknologi pengimejan, Canon baru-baru ini melancarkan model kamera video digital terbaharu, EOS C300 di Ekspo Kamera dan Pengimejan Foto 2012 (CP+ 2012) di Pusat Konvensyen Pacifio di Yokohama, Jepun.

EOS C300 didatangkan bersama-sama sokongan lensa boleh laras yang memberi kelebihan untuk mempelbagai sudut rakaman. Ia merupakan satu keperluan dalam bidang produksi filem.

Jika dilihat pada sudut teknikal, kamera video digital itu dilengkapi spesifikasi sensor CMOS beresolusi 8.29 megapiksel.

Dengan sokongan lensa EF Super 35 milimeter (mm), EOS C300 bakal menawarkan kualiti rakaman sinematografi filem terbaik dalam format berdefinisi tinggi (HD) iaitu 1920 x 1080 piksel.

Rakaman video direkodkan dalam format MXF (Material eXchange Format) yang boleh disesuaikan dengan sistem penyuntingan yang lebih versatil.

Selain itu, EOS C300 mempunyai dua slot kad memori CF, kadar rakaman pada kelajuan 50 megabait sesaat (mbps) dan memiliki capaian rangkaian wayarles.

Terdapat dua model pilihan iaitu EOS C300 dan EOS C300PL. EOS C300 adalah untuk penggunaan bersama-sama lensa EOS SLR manakala EOS C300PL pula digunakan untuk lensa standard PL.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: