KEMENANGAN selepas menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 menjadi kenangan manis kepada Juara Kategori Kek, Faisal Baharom, 36, yang sama sekali tidak menduga cubaan kali pertama membuahkan kejayaan.
Tidak pernah terlintas untuk menyertai pertandingan memasak berprestij seperti itu, Faisal mengakui banyak menimba pengalaman baharu daripada para juri dan para peserta.
Mula menggunakan minyak jagung Daisy sejak tiga tahun lalu, beliau mengakui campuran minyak masak jagung Daisy dalam pembuatan kek berjaya menghasilkan kek yang lebih enak berbanding bahan-bahan lain.
“Kali pertama menggunakan minyak jagung Daisy semasa pertandingan ini, saya tidak sangka resipi kek yang pertama kali dihasilkan menjadi, malah rasanya lebih sedap selain gebu dan nampak cantik.
“Tekstur kek juga lebih lembut, elok dan proses menghasilkannya tidak sukar berbanding minyak jagung jenama lain yang pernah saya cuba sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Terima tempahan
Faisal yang mengambil tempahan membuat kek dan biskut secara sambilan terutama pada musim perayaan dan majlis-majlis keraian kini memilih minyak jagung Daisy. Bahkan, hasil air tangannya mendapat pujian daripada ramai orang.
Penyertaan dalam Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 menyebabkan namanya mula dikenali sekali gus memudahkan Faisal mendekati pelanggan.
Katanya, wang kemenangan sebanyak RM5,000 yang diterima dilabur bagi melengkapkan perkakasan dapur seperti membeli ketuhar elektrik bagi memudahkannya menyiapkan tempahan kek dan biskut.
Malah, kemenangan itu juga memberi keyakinan kepada Faisal untuk menyertai beberapa pertandingan memasak lain yang diadakan di sekitar Pulau Pinang dan utara tanah air.
“Jika sesiapa bertanya, saya memang galakkan orang ramai menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 kerana ia bukan sebuah pertandingan memasak biasa atau sekadar memburu hadiah.
“Pertandingan ini bukan sekadar menguji kemahiran memasak tetapi kreativiti menceriakan masakan. Sekiranya diberi peluang, saya ingin sertai pertandingan ini sekali lagi tapi dalam kategori lain pula,” ujarnya.
Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 buat julung-julung kalinya dianjurkan akhbar Kosmo! bersama minyak jagung Daisy dan rakan strategik Tupperware.
Selepas empat minggu Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 berlangsung di empat buah zon iaitu zon timur di pasar raya Giant Kuala Terengganu, Terengganu, pada 18 Jun 2011; zon tengah di pusat beli-belah AEON AU2. Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2011; zon utara di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah pada 2 Julai dan zon selatan di pasar raya Giant Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 10 Julai dan fasa akhirnya di Plaza Shah Alam 17 Julai lalu.
Sepanjang acara tersebut berlangsung, sebanyak 450 penyertaan diterima. Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 120 penyertaan yang layak bertanding di empat zon yang ditetapkan iaitu zon timur, zon tengah, zon utara dan zon Selatan. Setiap zon mempunyai tema tersendiri iaitu zon timur, Kesenian dan kebudayaan, zon tengah, Alam Fantasi, Zon Utara, Flora, zon selatan, Dasar Laut manakala untuk peringkat akhir Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap minyak Jagung Daisy, Chef Liza Zainol dilantik sebagai juri program tersebut. Sementara itu, Juara Kategori Biskut, Norulsakinah Mohd. Hanan, 27, memberitahu, bekalan minyak jagung Daisy sentiasa ada di dapur rumahnya untuk kegunaan sehari-hari.
Beliau yang sebelum ini tidak pernah menggunakan minyak jagung Daisy dalam pembuatan biskut mengakui rasa biskut yang dihasilkan lebih sedap dan tidak rapuh berbanding mentega biasa.
Tekstur lebih halus
“Minyak jagung Daisy mengandungi soft-poly yang menjadikan biskut lebih rangup dan ringan, teksturnya juga lebih halus dan seolah-olah cair di dalam mulut. Minyak ini juga berkhasiat kerana diperkaya dengan vitamin.
“Ramai rakan yang bertanyakan tentang minyak jagung Daisy dan nasihat saya kepada mereka cuba gunakan dulu untuk rasai perbezaannya,” ujarnya.
Seperti Faisal, minyak jagung Daisy kini menjadi pilihan Norulsakinah yang menerima banyak tempahan kek dan biskut.
Walaupun bukan kali pertama menyertai pertandingan memasak tetapi selepas menang dalam Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011, tempahan yang diterima Norulsakinah cukup menggalakkan.
“Jika dahulu, saya hanya menerima tempahan daripada kenalan dan saudara-mara, kini saya menerima tempahan daripada pelanggan baharu selepas menang dalam acara cabaran Daisy.
“Ia merupakan sesuatu yang cukup menggembirakan. Malah, hasrat untuk mengembangkan perniagaan sambilan ini termakbul apabila sebahagian daripada wang kemenangan diguna untuk membeli kelengkapan dapur,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: