Christina Aguilera
Christina Aguilera

Program realiti popular, The Voice musim kedua baru saja berakhir dengan mengangkat Jermaine Paul sebagai juara.

Namun, kisah belakang tabir program ini masih hangat diperkatakan terutamanya yang membabitkan salah seorang juri dan jurulatihnya, Christina Aguilera.

Selain suka berperang mulut dengan Adam Levine, krrew terlibat telah mendedahkan sikap diva Christina yang sering mengundang kesusahan buat mereka.

Malah, Christina juga selalu merungut apabila krew tidak dapat memenuhi permintaannya yang dianggap mengarut.

Oleh kerana tidak tahan, kebanyakan krew berharap agar pelantun lagu Beautiful ini tidak akan terlibat lagi dalam The Voice musim seterusnya.